Pendahuluan

CARE 4 ALL

PENDAHULUAN

Pembentukan Dasar Masyarakat Penyayang dan Prihatin oleh kerajaan adalah satu saranan kepada kita warga Malaysia supaya membentuk masyarakat Malaysia yang penyayang dan prihatin tanpa mengira usia, agama dan bangsa. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kerja Perkembangan Kebajikan dan Kemasyarakatan, Kolej Kediaman Keempat pada tahun ini turut terpanggil untuk memberi sedikit sumbangan dengan menganjurkan projek “Care 4 All 07/08” yang melibatkan golongan warga emas dan kanak-kanak spastik yang tinggal di rumah kebajikan di sekitar Selangor. Projek “Care 4 All 07/08” ini menjurus kepada penekanan konsep untuk mendekatkan mahasiswa dan mahasiswi universiti dengan golongan warga tua dan kanak-kanak spastik iaitu sejajar dengan wasilah pembentukan masyarakat Malaysia yang penyayang dan prihatin. Pelaksanaan projek ini juga diharap dapat memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi Kolej Kediaman Keempat untuk mencurahkan bakti kepada golongan ini supaya mereka sedar bahawa masih ada insan yang prihatin terhadap mereka.

Objektif

  • Meraikan dan memberi penghargaan kepada golongan warga emas dan kanak-kanak istimewa yang memerlukan perhatian dan sokongan daripada pihak luar.
  • Memupuk sifat penyayang dan prihatin di kalangan mahasiswa/i Universiti Malaya khususnya di kalangan warga Kolej Kediaman Keempat.
  • Memperkenalkan Kolej Kediaman Keempat sebagai institusi yang bersifat prihatin dan sedia berkhidmat kepada golongan masyarakat yang memerlukan bantuan.

CARE 4 ALL TERUSKAN PERJUANGANMU